Akademi Fantasia


Contributors to Wikimedia projects

Article Images

(Akademi Fantasia) atau lebih dikenali sebagai AF adalah sebuah rancangan televisyen realiti pertama di Malaysia yang memberi peluang kepada pesertanya untuk bersaing dan merebut gelaran juara dalam usaha menempatkan diri dalam jenama malaysia.[1]

Rancangan ini juga menyediakan tempat belajar yang menggabungkan konsep hiburan dan akademik bagi memudahkan pesertanya menyesuaikan diri. Ia juga dirangka khas menyemai nilai-nilai murni serta memberikan inspirasi dengan memupuk sikap keterbukaan, kebanggaan, keazaman dan melangkaui diri sendiri.

Akademi Fantasia
FormatRancangan realiti

Penggubah lagu tema

Aubrey Suwito
Lagu temaMenuju Puncak
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Melayu
Bilangan musim14
Bilangan episod138
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria
Astro Prima
Astro Maya HD
Astro B.yond
TV3
Tonton
Siaran asal
  • 9 Jun 2003 - 12 Jun 2011
    (musim 1 - 9)
  • 16 September 2013 - 9 Oktober 2016
    (musim 10 - 13)
  • 3 September - 22 Oktober 2017
    (AF Megastar)
  • 12 Oktober 2024 - Kini
    (musim 14)
Laman sesawang

Bagaimanapun rancangan Akademi Fantasia sudah diberhentikan sejak tahun 2016 dan digantikan dengan Big Stage. Rancangan televisyen ini telah merekodkan sebanyak 13 musim bersiaran.

  • Murai.com.my (portal web rasmi)
  • Aksi AF (majalah rasmi)
  • Era (radio rasmi)
  • Hotlink (telekomunikasi rasmi)
  • Samsung (elektronik rasmi)
  • Cadbury (makanan ringan rasmi)
  • D'Herbs (farmasi rasmi)
Tahun Musim Pelajar
2003 AF1 Vince
2004 AF2 Zahid Baharuddin
2005 AF3 Mawi
2006 AF4 Faizal Ramly
2007 AF5 Mila Jirin
2008 AF6 Stacy Anam
2009 AF7 Hafiz Suip
2010 AF8 Shahir
2011 AF9 Hazama
2013 AF2013 Faizul Sany
2014 AF2014 Firman Bansir
2015 AF2015 Sufi Rashid
2016 AF 2016 Amir Masdi
2017 AF Megastar Idayu
2024 AF 2024 Akan Dikemaskini
Musim Musim 1 Musim 2 Musim 3 Musim 4 Musim 5 Musim 6 Musim 7 Musim 8 Musim 9 Musim 10 Musim 11 Musim 12 Musim 13 AF Megastar Musim 14
Pengacara
Aznil Nawawi                              
AC Mizal                              
Jimmy Shanley                              
Sarimah Ibrahim                              
Zizan Razak                              
Faizal Ismail                              
Alif Satar                              
Musim Musim 1 Musim 2 Musim 3 Musim 4 Musim 5 Musim 6 Musim 7 Musim 8 Musim 9 Musim 10 Musim 11 Musim 12 Musim 13 AF Megastar Musim 14
Juri
Juri 1 Kudsia Kahar Adlin Aman Ramlie Ogy Ahmad Daud Adlin Aman Ramlie Ogy Ahmad Daud Edry Abdul Halim Dato' Ramli M.S Riena Diana
Juri 2 Hattan Ning Baizura Dato' Khadijah Ibrahim Aznil Nawawi Hattan Sharifah Amani Raja Azura Rozita Che Wan Dato' AC Mizal Datuk Syafinaz Selamat Rahmad Mega
Juri 3 Fauziah Latiff Edrie Hashim Roslan Aziz Farhatul Aishati Othman
Musim Musim 1 (2003) Musim 2 (2004) Musim 3 (2005) Musim 4 (2006) Musim 5 (2007) Musim 6 (2008) Musim 7 (2009) Musim 8 (2010) Musim 9 (2011) Musim 10 (2013) Musim 11 (2014) Musim 12 (2015) Musim 13 (2016)
Tenaga Pengajar
Pengetua Freddie Fernandez Ramli M.S M. Nasir Ramli Sarip Roslan Aziz Ramli M.S Datin Seri Tiara Jacquelina Norman Abdul Halim Amy Search Dato' Hattan Edry Abd Halim Dato' Shake
Guru Koreografi Linda Jasmine A. Aris Kadir Linda Jasmine A. Aris Kadir Alam Wakaka Linda Jasmine
Adam Corrie Mohd Fathee Abdullah Adam Corrie Suhaili Hanafi Roshdi
Guru Teknikal Vokal Adnan Abu Hassan Shafizawati Sharif Siti Hajar Ismail
Perunding Motivasi Dr. Abdullah Sher Kawi Jaafar Dr. Azahari Othman Dr. Fazley Yaacob Dr Azahari Othman Fatimah Abu Bakar Dato' Aliff Syukri
Perunding Pelajar Fatimah Abu Bakar
Guru Persembahan Pentas Fauziah Nawi Marlia Musa Fatimah Abu Bakar Anita Sarawak Ellie Suriati
Guru Bahasa Inggeris Fatimah Abu Bakar Khairul Najmi Fatimah Abu Bakar Fatimah Abu Bakar
Guru Nada Suara Siti Hajar Ismail Siti Hajar Ismail
Perunding Imej Mahani Awang
Pengurus Kediaman Roslina Hassan
Pengarah Muzik Aubrey Suwito Ramli M.S Shamril Salleh Roslan Aziz Ramli M.S Hashridz Murshim Hashridz Murshim Edry Abdul Halim
Guru Vokal Adnan Abu Hassan Genervie Kam Shafizawati Shariff Shahrol
Guru Seni Persembahan Fatimah Abu Bakar Ida Nerina Fizz Fairuz Fauziah Nawi Mas Idayu
Perunding Kesihatan Kevin Zahri Shahrul Abd Satar Coach Cem
Guru Persembahan Vokal Ajai Adnan Abu Hassan Siti Hajar Ismail Adnan Abu Hassan
Perunding Fesyen Jasmi Rejab Zaihani Zain Dato' Aliff Syukri
Guru Muzik Genervie Kam Hashridz Murshim
Guru Persembahan Drama Fauziah Nawi Fauziah Nawi Que Haidar Marlia Musa Que Haidar
Guru Gaya Vokal Ning Baizura
Guru Penasihat Persembahan Adlin Aman Ramlie

Lagu tema bagi Akademi Fantasia (AF1-AF9) iaitu "Menuju Puncak" telah dicipta oleh Aubrey Suwito dan nyanyian adik perempuan kepada komposer sendiri iaitu Juwita Suwito. Namun, lagu "Menuju Puncak" telah diberi nafas baru pada tahun 2013 untuk Akademi Fantasia 2013. Lagu "Menuju Puncak 2013" yang baru telah dinyanyikan oleh Stacy (Juara AF6), Adira (Naib Juara AF8) dan Zahid (Juara AF2). Lagu Menuju Puncak versi yang baru ditambah dengan elemen rap (nyanyian Zahid) dan temponya dirancakkan menepati muzik pada masa sekarang. Kini Kembali Menuju Puncak Pada tahun 2024 Penyanyi Dari Indonesia Aubrey Suwito Juga Juara Akademi Fantasia 2016 Amir Masdi

Logo Akademi Fantasia yang terdiri dari simbol huruf A besar dengan sejumlah lingkaran miring warna putih di dalamnya serta lingkaran miring besar warna jingga dan garis tebal warna hitam serta tulisan Akademi di atas Fantasia di bawah dengan kapital. Logo ini ialah adaptasi rancangan televisyen berasal dari Meksiko yang ditayangkan oleh TV Azteca, "La Academia".

Empat tahun kemudian logo Akademi Fantasia diubah menjadi lingkaran miring warna merah dan garis lebih tebal warna putih serta tulisan Akademi di atas dan Fantasia dibawah dengan kapital warna putih.

Satu tahun kemudian, logo Akademi Fantasia diubah lagi menjadi desain kristal yang terdiri dari huruf A besar warna putih dengan sejumlah lingkaran di bawahnya serta lingkaran miring besar warna merah dan garis tebal warna emas serta tulisan AKADEMI di atas dan FANTASIA di bawah menggunakan huruf besar.

Empat tahun kemudian, logo Akademi Fantasia kembali dipakai hanya menggunakan segitiga digayakan singkatan AF dengan format baru lebih segar dan mudah dilihat memiliki warna merah, jingga, magenta dan ungu.

  • "Satu Harapan, Satu Tujuan, Satu Destinasi, Mengubah Impian Jadi Realiti" (2003-2011)
  • "Serlahkan Bakat Superstar Dalam Diri Anda" (2008 Versi Iklan)
  • "Transformasi Sudah Bermula / Satu Transformasi Akan Berlaku" (2009 Versi Iklan)
  • "Realitinya Disini, Inilah AF!" (2013-2016)
  • Segalanya Sudah Baharu Kini Era Baharu Generasi (2024-Kini)

Musim pertama mula disiarkan pada Jun 2003 dan menjadi salah satu daripada rancangan yang mencatat rating paling tinggi ditonton di Astro Ria.

Pada 13 Januari 2011, Astro pernah mengumumkan bahawa musim kesembilan merupakan musim terakhir bagi Akademi Fantasia. Akademi Fantasia telah berhenti bersiaran selama lebih dari setahun. Walau bagaimanapun, pada Mei 2013, pihak Astro telah mengumumkan bahawa Akademi Fantasia akan kembali untuk musim kesepuluh. Akadami Fantasia kembali pada 2013 dengan format baru untuk mengikut faktor terkini dan semasa. Selain itu, Akademi Fantasia 2013 adalah serba baru dan tidak pernah dibuat dalam mana-mana musim AF sebelum ini.

Satu sidang media untuk Majlis Pelancaran Akademi Fantasia 2013 telah diadakan oleh Astro di The Avenue, Pavilion, KL pada 23 Mei 2013 yang dihadiri oleh rakan media hiburan dan artis kelahiran Akademi Fantasia seperti Hafiz, Zahid, Stacy, Mawi, Adira, Akim dan Hazama. Pada sidang media tersebut, pihak Astro telah mendedahkan konsep dan perubahan besar dalam Akademi Fantasia 2013 seperti logo AF, lagu Menuju Puncak versi baru dan tarikh bagi ujibakat AF2013. Untuk musim ini, calon peserta juga boleh memilih untuk samada menyertai program ini secara solo atau berduet. Selain itu, calon peserta juga masih boleh memilih untuk menghantarkan klip video penyertaan secara online di laman sesawang www.akademifantasia.com.my.

Rancangan Akademi Fantasia kali ini lebih dikenali sebagai "Akademi Fantasia 2013" (AF2013) dan disiarkan di saluran (SD) iaitu Astro Ria dan saluran (HD) iaitu Astro MAYA HD pada September 2013.

Musim kesebelas pada tahun 2014 menggunakan format asal yang digunakan sebelum Astro mengumumkan yang musim kesembilan adalah musim yang terakhir. Ia berjaya meraih kembali sokongan dan kepercayaan penonton dengan tontonan konsert akhir mencecah 2.5 juta penonton.

Cogankata: Satu harapan, satu tujuan, satu destinasi. Mengubah impian menjadi realiti.

Untuk tahun 2014, cogankatanya bertukar kepada REALITINYA DI SINI, INILAH AKADEMI FANTASIA.

Pada tahun 2015 pula, Astro Ria mula menyiarkan saluran HD sendiri pada 29 Mei. Jadi, musim keduabelas Akademi Fantasia akan disiarkan secara serentak menerusi saluran HD dan SD yang menggunakan nama Astro Ria.

Tahun 2024 Slogan Baharu Segalanya Sudah Baharu Kini Era Baharu Generasi'

Sebanyak 14 musim disiarkan dengan butiran berikut:-

Pengacara: Aznil Nawawi
Juri Tetap: Kudsia Kahar
Pengetua: Freddy Fernandez

Bil. Episod: 9
Bil. Pelajar: 12

Senarai Pelajar Musim 1:

Pelajar AF Keputusan Catatan
Vince Juara (RM10,000) Trofi
Khai Wahi Naib Juara (RM7,000) Trofi
Azizi Tempat ke-3 (RM3,000) Trofi
Nija Tempat ke-4 Trofi
Liza Tempat ke-5 Trofi
Sahri Tersingkir minggu ke-8 (2 Ogos 2003)
Nana Tersingkir minggu ke-7 (26 Julai 2003)
Rosma Tersingkir minggu ke-6 (19 Julai 2003)
Burn Tersingkir minggu ke-5 (12 Julai 2003)
Atie Tersingkir minggu ke-4 (5 Julai 2003)
Adi Tersingkir minggu ke-3 (28 Jun 2003)
Azza Tersingkir minggu ke-2 (21 Jun 2003)

Pengacara: Aznil Nawawi
Juri Tetap: Kudsia Kahar
Pengetua: Ramli M.S

Bil. Episod: 10
Bil. Pelajar: 12

Senarai Pelajar Musim 2:

Pelajar AF Keputusan Catatan
Zahid Juara (RM10,000) Trofi
Linda Naib Juara (RM7,000) Trofi
Adam Tempat ke-3 (RM3,000) Trofi
Farah Tempat ke-4 Trofi
Bob Tempat ke-5 Trofi
Kaer Tempat ke-6 Trofi
Mas Tersingkir minggu ke-9 (31 Julai 2004)
Nurul Tersingkir minggu ke-7 (24 Julai 2004)
Zarina Tersingkir minggu ke-6 (17 Julai 2004)
Anding Tersingkir minggu ke-5 (10 Julai 2004)
Fitri Tersingkir minggu ke-4 (3 Julai 2004)
Edlin Tersingkir minggu ke-3 (26 Jun 2004)

Pengacara: Aznil Nawawi
Juri Tetap: Kudsia Kahar
Pengetua:' M.Nasir

Bil. Episod: 10
Bil. Pelajar: 14

Senarai Pelajar Musim 3:

Pelajar AF Keputusan Catatan
Mawi Juara (RM20,000) Trofi
Felix Naib Juara (RM10,000) Trofi
Amylea Tempat ke-3 (RM5,000) Trofi
Marsha Tempat ke-4 (RM4,000) Trofi
Kefli Tersingkir minggu ke-9 (30 Julai 2005)
Yazer
Akma Tersingkir minggu ke-8 (23 Julai 2005)
Ekin Tersingkir minggu ke-7 (16 Julai 2005)
Aidil Tersingkir minggu ke-6 (9 Julai 2005)
Amy Tersingkir minggu ke-5 (2 Julai 2005)
Reza
Idayu Tersingkir minggu ke-4 (25 Jun 2005)
Fuad Tersingkir minggu ke-3 (18 Jun 2005)
Eliza Tersingkir minggu ke-2 (11 Jun 2005)

Pengacara: Aznil Nawawi
Juri Tetap: Adilin Aman Ramli
Pengetua: Ramli Sarip

Bil. Episod: 10
Bil. Pelajar: 12

Senarai Pelajar Musim 4:

Pelajar AF Keputusan Catatan
Faizal Juara (RM200,000) Trofi
Lotter Naib Juara (RM10,000) Trofi
Farhan Tempat ke-3 (RM5,000) Trofi
Haziq Tempat ke-4 (RM3,000) Trofi
Velvet Tempat ke-5 (RM1,000) Trofi
Amirul Tersingkir minggu ke-8 (22 Julai 2006)
Diddy Tersingkir minggu ke-6 (8 Julai 2006)
Salima Tersingkir minggu ke-5 (1 Julai 2006)
Zila Tersingkir minggu ke-4 (24 Jun 2006)
Rich Tersingkir minggu ke-3 (18 Jun 2006)
Karen Tersingkir minggu ke-2 (11 Jun 2006)
Nora Tersingkir minggu ke-1 (3 Jun 2006)

Pengacara: Aznil Nawawi
Juri Tetap: Hattan, Ogy Ahmad Daud & Fauziah Latiff
Pengetua: Roslan Aziz

Bil. Episod: 10
Bil. Pelajar: 16

Senarai Pelajar Musim 5:

Pelajar AF Keputusan Catatan
Mila Juara (RM20,000) Trofi
Ebi Naib Juara (RM10,000) Trofi
Aswad Tempat ke-3 (RM5,000) Trofi
Heliza Tempat ke-4 (RM3,000) Trofi
Candy Tempat ke-5 (RM2,000) Trofi
Shawal Tersingkir minggu ke-9 (12 Mei 2007)
Dafi Tersingkir minggu ke-8 (5 Mei 2007)
Aizat Tersingkir minggu ke-7 (28 April 2007)
Rizal Tersingkir minggu ke-6 (21 April 2007)
Dekna Tersingkir minggu ke-5 (15 April 2007)
Noni Tersingkir minggu ke-4 (7 April 2007)
Farha
Fatin
Afiq Tersingkir minggu ke-2 (24 Mac 2007)
Diya Tersingkir minggu ke-1 (17 Mac 2007)
Zana

Pengacara: AC Mizal
Juri Tetap: Ogy Ahmad Daud & Ning Baizura
Pengetua: Ramli M.S

Bil. Episod: 10
Bil. Pelajar: 14

Senarai Pelajar Musim 6:

Pelajar AF Keputusan Catatan
Stacy Juara (RM25,000) Trofi
Riz Naib Juara (RM15,000) Trofi
Nubhan Tempat ke-3 (RM10,000) Trofi
Toi Tempat ke-4 (RM5,000) Trofi
Nadia Tempat ke-5 (RM3,000) Trofi
Stanly Tersingkir minggu ke-9 (7 Mei 2008)
Alif Tersingkir minggu ke-7 (3 Mei 2008)
Rina Tersingkir minggu ke-6 (26 April 2008)
Saida Tersingkir minggu ke-5 (19 April 2008)
Faisal Tersingkir minggu ke-4 (12 April 2008)
Naim Tersingkir minggu ke-3 (5 April 2008)
Lufya
Ika Tersingkir minggu ke-2 (29 Mac 2008)
Yana Tersingkir minggu ke-1 (22 Mac 2008)

Pengacara: AC Mizal
Juri Tetap: Adilin Aman Ramli,Khadijah Ibrahim & Edrie Hashim
Pengetua: Datin Seri Tiara Jacquelina

Bil. Episod: 10
Bil. Pelajar: 14

Senarai Pelajar Musim 7:

Pelajar AF Keputusan Catatan
Hafiz Juara (RM20,000) Trofi
Aril Naib Juara (RM10,000) Trofi
Akim Tempat ke-3 (RM8,000) Trofi
Yazid Tempat ke-4 (RM3,000) Trofi
Isma Tempat ke-5 Trofi
Aishah Tersingkir minggu ke-8 (2 Mei 2009)
Claudia
Qhaud Tersingkir minggu ke-6 (11 April 2009)
Sidi Tersingkir minggu ke-5 (4 April 2009)
Zizi Tersingkir minggu ke-4 (28 Mac 2009)
Rubisa
Rini Tersingkir minggu ke-3 (21 Mac 2009)
Obri
Adila Tersingkir minggu ke-2 (14 Mac 2009

Pengacara: Jimmy Shanley & Sarimah Ibrahim
Juri Tetap: Adlin Aman Ramli & Aznil Nawawi
Pengetua: Norman Abdul Halim

Bil. Episod: 10
Bil. Pelajar: 12

Senarai Pelajar Musim 8:

Pelajar AF Keputusan Catatan
Shahir Juara Trofi
Adira Naib Juara Trofi
Daus Tempat ke-3 Trofi
Maulana Tempat ke-4 Trofi
Iwan Tempat ke-5 Trofi
Ain Tersingkir minggu ke-9 (15 Mei 2010)
Farina Tersingkir minggu ke-8 (8 Mei 2010)
Nad Tersingkir minggu ke-6 (15 April 2010)
Alif Tersingkir minggu ke-4 (10 April 2010)
Anum Tersingkir minggu ke-3 (3 April 2010)
Ema Tersingkir minggu ke-2 (27 Mac 2010)
Shah Tersingkir minggu ke-1 (20 Mac 2010)

Pengacara: Aznil Nawawi
Juri Tetap:Hattan & Ogy Ahmad Daud
Pengetua: Amy Search

Bil. Episod: 9
Bil. Pelajar: 14

Senarai Pelajar Musim 9:

Pelajar AF Keputusan Catatan
Hazama Juara (RM100,000) Trofi
Lena Naib Juara (RM50,000) Trofi
Fina Tempat ke-3 (RM20,000) Trofi
Azri Tempat ke-4 (RM5,000) Trofi
Erul Tersingkir minggu ke-9 (4 Jun 2011)
Nera Tersingkir minggu ke-7 (21 Mei 2011)
Kay Tersingkir minggu ke-6 (14 Mei 2011)
Afif Tersingkir minggu ke-5 (7 Mei 2011)
Raqib Tersingkir minggu ke-4 (30 April 2011)
Amir Tersingkir minggu ke-3 (23 April 2011)
Aida
Miza
Eka Tersingkir minggu ke-2 (16 April 2011)
Laika Tersingkir minggu ke-1 (9 April 2011)

Pengacara: Zizan Razak
Juri Tetap: Edry Abdul Halim,Sharifah Amani & Roslan Aziz
Pengetua: Dato' Ramli M.S

Bil. Episod: 10
Bil. Pelajar: 12

Senarai Pelajar Musim 10:

Pelajar AF Keputusan Catatan
Faizul Juara (RM100,000) Trofi
Azhael Naib Juara (RM30,000) Trofi
Amira Tempat ke-3 (RM20,000) Trofi
Indah Tempat ke-4 (RM10,000) Trofi
Nabila Tempat ke-5 (RM5,000) Trofi
Aisyah Tempat ke-6 Trofi
Suhada Tersingkir minggu ke-7 (27 Oktober 2013)
Irmisa Tersingkir minggu ke-6 (20 Oktober 2013)
Nona Tersingkir minggu ke-4 (6 Oktober 2013)
Iman Tersingkir minggu ke-3 (29 Sptember 2013)
Darren Tersingkir minggu ke-2 (21 September 2013)
Sani Tersingkir minggu ke-1 (14 September 2013)

Pengacara: Zizan razak & Faizal Ismail
Juri Tetap: Dato' Ramli M.S & Raja Azura
Pengetua: Dato' Hattan

Bil. Episod: 10
Bil. Pelajar: 12

Senarai Pelajar Musim 11:

Pelajar AF Keputusan Catatan
Firman Juara (RM50,000) Trofi
Aman Naib Juara (RM30,000) Trofi
Ewal Tempat ke-3 (RM20,000) Trofi
Nuha Tempat ke-4 (RM10,000) Trofi
Adel Tempat ke-5 Trofi
Azwan Tersingkir minggu ke-9 (2 November 2014)
Nina Tersingkir minggu ke-7 (19 Oktober 2014)
Zarif
Ziha Tersingkir minggu ke-6 (12 Oktober 2014)
Muna Tersingkir minggu ke-4 (28 September 2014)
Farez Tersingkir minggu ke-3 (21 September 2014)
Wawa Tersingkir minggu ke-2 (14 September 2014)

Pengacara: Zizan Razak & Faizal Ismail
Juri Tetap: Dato' Ramli M.S & Rozita Che Wan
Pengetua: Edry Abdul Halim

Bil. Episod: 10
Bil. Pelajar: 16

Senarai Pelajar Musim 12:

Pelajar AF Keputusan Catatan
Sufi Juara (RM,000) Trofi
Syamel Naib Juara (RM,000) Trofi
Bila Tempat ke-3 (RM,000) Trofi
Sharul Tempat ke-4 (RM,000) Trofi
Lisa Tersingkir minggu ke- 9 (4 Oktober 2015)
Rachel
Iqwan Tersingkir minggu ke-7 ( 20 September 2015)
Openg Tersingkir minggu ke-6 (23 September 2015)
Faroq
Aziah Tersingkir minggu ke-5 (6 September 2015)
Ziqa Tersingkir minggu ke-3 (23 Ogos 2015)
Ifa Tersingkir minggu ke-2 (16 Ogos 2015)
Wili Tersingkir minggu ke-1 (9 Ogos 2015)
Syahid
Dalila
Arisa

Pengacara: Zizan Razak & Alif Satar
Juri Tetap: Dato' Rmli M.S & Dato' AC Mizal
Pengetua: Dato' Shake

Bil. Episod: 8
Bil. Pelajar: 15

Senarai Pelajar Musim 13:

Pelajar AF Keputusan Catatan
Amir Juara (RM50,000) Trofi
Amal Naib Juara (RM20,000) Trofi
Reshma Tempat ke-3 (RM15,000) Trofi
Ara Tempat ke-4 (RM10,000) Trofi
Afi Tempat ke-5 (RM5,000) Trofi
Zarol Tersingkir minggu ke-7 (2 Oktober 2016)
Rahila
Ikram Tersingkir minggu ke-6 (25 September 2016)
Asha
Jasper Tersingkir minggu ke-5 (18 September 2016)
Riana
Emy
Halmy Tersingkir minggu ke-2 (28 Ogos 2016)
Isa
Rais

Pengacara: Datuk Aznil Hj Nawawi
Juri Tetap: Dato' Rmli M.S & Datuk Syafinaz Selamat

Bil. Episod: 8
Bil. Pelajar: 24

Senarai Pelajar AF MEGASTAR:

Pelajar AF Keputusan Catatan
Idayu Juara (RM100,000) & Trofi Tersingkir Minggu ke-4 AF3
Marsha Naib Juara (RM10,000) & Trofi Pemenang Tempat Keempat AF3
Syamel Tempat ke-3 (RM3,000) & Trofi Naib Juara AF2015
Bob Tempat ke-4 (Trofi) Pemenang Tempat Keempat AF2
Shahir Tempat ke-5 (Trofi) Juara AF8
Amir J Tersingkir minggu ke-7 (15 Oktober 2017) Tersingir Minggu Ke-3 AF9
Amir Juara AF2016
Indah Tersingkir minggu ke-6 (8 Oktober 2017) Pemenang Tempat Keempat AF2013
Sufi Tersingkir minggu ke-5 (1 Oktober 2017) Juara AF2015
Ewal Tersingkir minggu ke-4 (24 September 2017) Pemenang Tempat Ketiga AF2014
Adira Tersingkir minggu ke-3 (17 September 2017) Naib Juara AF8
Azhar Naib Juara AF2013
Aril Tersingkir minggu ke-2 (Homecoming 10 September 2017) Naib Juara AF7
Nubhan Pemenang Tempat Ketiga AF6
Faizal Juara AF4
Rosma Tersingkir Minggu Ke-6 AF1
Faizul Juara AF2013
Amylea Pemenang Tempat Ketiga AF3
Anding Tersingkir Minggu Ke-5 AF2
Zahid Tersingkir minggu ke-1 (Homecoming 3 September 2017) Juara AF2
Firman Juara AF2014
Ara Pemenang Tempat Keempat AF2016
Adam Pemenang Tempat Ketiga AF2
Mila Juara AF5

Format rancangan ini diolah daripada "La Academia", yang pada asalnya sebuah rancangan di Mexico. Malaysia menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang memiliki versi sendiri rancangan ini. Ia kemudian diikuti oleh Indonesia, Thailand, Paraguay, Amerika Tengah, Amerika Syarikat dan Singapura, serta mendapat respon positif berbanding dengan siri American Idol.

Program ini juga berjaya melahirkan penyanyi terbaik negara seperti Hafiz, Syamel, Aizat Amdan, Akim Ahmad, Qhirzansha, dan penyanyi popular seperti seperti Stacy dan Adam. Kini, Akademi Fantasia telah pun diiktiraf sebagai 'Rancangan Nyanyian Paling Lama Disiarkan' di Malaysia dan kejayaan ini telah dicatatkan dalam Malaysian Books of Records.

Setiap musim Akademi Fantasia terdapat 10 konsert minggu akhir (kecuali Akademi Fantasia Musim 1 iaitu hanya terdapat 9 konsert dan Akademi Fantasia 2016 hanya terdapat 8 minggu konsert) dan bermula dengan 12-16 peserta yang dipanggil pelajar. Walau bagaimanapun, pada Musim 3 dan Musim 4, konsert prelude telah diadakan bagi menentukan pelajar yang berkelayakan. Setelah pelajar-pelajar siap dipilih, mereka akan mendiami di sebuah rumah yang dipanggil Akademi. Para pelajar akan menghabiskan sepenuh masa mereka dengan berlatih menyanyikan lagu tugasan, berlakon, dan menari, dan juga aktiviti lain yang berkaitan dengan seni persembahan selama 10 minggu di dalam Akademi. Kelas-kelas tersebut akan dikendalikan oleh tenaga pengajar yang bertauliah (yang dipanggil 'cikgu'), yang mana mereka sememangnya telah diiktiraf menerusi kareer mereka dalam industri hiburan. Diari Akademi Fantasia bersiaran pada setiap hari yang memaparkan aktiviti pelajar di akademi. Akademi ini akan diketuai oleh seorang pengetua, yang bersilih-ganti setiap tahun. Walaupun demikian, pada Akademi Fantasia Musim 6, akademi ini diketuai oleh Ramli M.S., yang pernah menjadi pengetua Akademi Fantasia Musim 2.

Sistem penjurian ditentukan sepenuhnya oleh penonton melalui undian SMS dan undian dekoder Astro (pelanggan Astro perlu menyambungkan dekoder mereka dengan sambungan wayar telefon untuk menghantar undian). Pelajar yang menerima undian terendah akan disingkirkan selepas tamat konsert atau selepas pengumuman undian ditutup. Meskipun begitu, terdapat kejutan luar biasa ke atas penyingkiran pelajar yang melibatkan dua pelajar dan tiga pelajar sekaligus, atau tiada penyingkiran dibuat mengikut keputusan krew penerbitan. Bagi Akademi Fantasia Musim 6, pengkritik tetap terkini termasuk penyanyi, pelakon, dan pengacara Fauziah Ahmad Daud dan penyanyi Ning Baizura. Pengkritik dan kakitangan sebelumnya termasuk kakitangan stesen radio nombor satu Malaysia Era FM iaitu Kudsia Kahar, pelakon Adlin Aman Ramlie, penyanyi rock-ballad Hattan, dan juga model terkenal dan penyanyi Fauziah Latiff. Aznil Nawawi, yang pernah mengacarakan rancangan ini bagi 5 musim sebelumnya, menarik diri sebagai pengacara TV ketika penghujung rancangan Musim 5 atas sebab konflik jadual kerja. Beliau digantikan oleh AC Mizal, pelakon sensasi dan pengacara.

Rancangan ini melakar sejarah pada Musim 5 yang menyaksikan Norsyarmilla Jirin diberikan takhta sebagai juara wanita pertama, memecah dominasi juara lelaki pada empat musim sebelumnya. Namun demikian, ia kemudian disusuli menerusi kejuaraan juara wanita kedua iaitu Stracie Angie Anam pada Musim 6.

Kontroversi utama semasa musim Akademi Fantasia tentang sistem penjurian yang berdasarkan SMS dan undian dekoder Astro. Sistem penjurian mendapat kritikan hebat yang mana pengundi hanya mengundi pelajar kegemaran masing-masing berdasarkan rupa paras dan personaliti berbanding bakat pelajar.

Semasa Piala Dunia berlangsung

sunting

Sewaktu demam Piala Dunia melanda seluruh dunia, rancangan ini semakin dilupakan, apatah lagi rating penonton AF4 dan pengundi-pengundinya jatuh merundum kesan daripada Piala Dunia 2006 yang berlangsung di Jerman, yang mana sesetengah perlawanan berlangsung bermula jam 9.00 malam waktu Malaysia. Bagaimanapun, perkara tersebut tidak akan berulang apabila AF8 pada tahun 2010 akan bermula Mac dan berakhir pada bulan Mei tahun 2010 bagi membolehkan peminat bola sepak mengikuti kesemua perlawanan Piala Dunia 2010 secara langsung bermula 11 Jun hingga 11 Julai tahun yang sama.

Sepanjang kewujudan rancangan ini, hanya sekali saja program ini bertembung dengan Piala Dunia iaitu pada 2006, berbanding dengan rancangan realiti Mentor (TV3) dan Akademi al-Quran (TV9) yang masing-masing sudah dua kali bertembung dengan kejohanan bola sepak terpenting di dunia itu, iaitu pada 2006 dan 2010.

Statistik Pelajar Akademi Fantasia

sunting

  • Juara yang paling tua: Vincent Chong Yi-Cern (Musim 1), Ahmad Zahid Baharuddin (Musim 2), & Asmawi Ani (Musim 3) , kesemuanya 23 tahun
  • Juara yang paling muda: Stracie Angie Anam (Musim 6), 18 tahun
  • Juara yang paling tinggi: Vincent Chong Yi-Cern (Musim 1), 6'0" (180 cm)
  • Juara yang paling rendah: Norsyarmilla Jirin (Musim 5), 4'8.6" (148 cm)
  • Juara yang paling berat: Ahmad Zahid Baharuddin (Musim 2), 172 lb (78 kg)
  • Juara yang paling ringan: Norsyarmilla Jirin (Musim 5), 88 lb (40 kg)
  • Undian tertinggi secara berturut-turut: Asmawi Ani (Musim 3)
  • Undian tertinggi yang diperoleh: Asmawi Ani (Musim 3)
  • Peratusan tertinggi yang diperoleh: Mohd Azwan Satar - 72% (Musim 11)
  • Tidak menduduki kedudukan dua tercorot: Ahmad Zahid Baharuddin (Musim 2), Asmawi Ani (Musim 3), Mohammad Faizal Ramly (Musim 4), Stracie Angie Anam (Musim 6), Mohd Hafiz Suip (Musim 7), Siti Adira Suhaimi (Musim 8), Mohd Firman Bansir (Musim 11), Mohammad Razman Abdul Aziz (Musim 11), & Amir Syazwan Masdi (Amir) (Musim 13)
  • Jumlah pelajar: 121
  • Pelajar yang paling tua: Hairina Abdul Halim (Musim 6), 44 tahun
  • Pelajar yang paling muda: Nur Azilah Seeron (Musim 4) 17 tahun 6 bulan
  • Negeri yang sering diwakili: Sabah, 22 pelajar
  • Pelajar yang paling tinggi: Mohd Farha Jasmen (Musim 5), 6'0.4" (184 cm)
  • Pelajar yang paling rendah: Norsyarmilla Jirin (Musim 5), 4'8.6" (148 cm)
  • Pelajar yang paling berat: Yusrizan Usop (Musim 2), 205 lb (93 kg), Bila (Musim 12) (120kg)
  • Pelajar yang paling ringan: Nurullah Abdul Hamid (Musim 2), 82 lb (37 kg)
  • Pelajar yang paling kacak: Amir (Musim 13)
  • Pelajar yang paling cemerlang setiap minggu: Reshma (Musim 13) 3 kali
  • Pelajar yang suara mirip Sudirman dan R. Azmi: Amal (Musim 13)
  • Pelajar yang digelar paling nakal, gila-gila dan colourful: Muhammad Shahrul Amin Kamarozaman (Sharul) (Musim 12),
  • Undian terendah yang diperoleh dalam kedudukan 2 tercorot: Mohd Shawal Ruslan (Musim 5), 3 kali
  • Menduduki kedudukan dua tercorot secara berturut-turut: Mohd Shawal Ruslan (Musim 5), 3 kali
  • Undian tertinggi secara berturut-turut: Asmawi Ani (Musim 3)
  • Undian tertinggi yang diperoleh: Asmawi Ani (Musim 3)
  • Tidak menduduki kedudukan dua tercorot: Mohammad Khairul Nizam Mohammad Wahi & Ahmad Azizi Mohamed (Musim 1), Ahmad Zahid Baharuddin (Musim 2), Asmawi Ani & Felix Agus (Musim 3), Mohammad Faizal Ramly & Nur Farhan Azizan (Musim 4), Muhammad Nur Aswad Jafar & Candra Clement (Musim 5), Stracie Angie Anam, Mohammad Idris Mohd. Zazizi & Ahmad Nubhan bin Ahmad (Musim 6), Siti Adira Suhaimi (Musim 8)
  • Pelajar yang disingkirkan secara berpasangan: Syaiful Reza Mohamed & Amylia Mohd Azlan, Mohamed Zulkefli Mohd Idir & Mohd Yazer Yusof, (Musim 3) Lutfyah Sheikh Omar & Muhammad Shauqi Naaim Salmi, (Musim 6) Ahmad Sobri Hasmuni & Zuzafrini Zulkifli, Nur Fazelah @ Zizie & Rubisa Tiasin, Siti Aishah & Claudia Fay (Musim 7) [nama pertama adalah pelajar dengan undian terendah]
  • Pelajar yang disingkirkan yang melibatkan tiga pelajar: Nurul Fatin Yahya, Mohd. Farha Jasmen & Nonny Nadirah Zainuddin, kesemuanya (Musim 5)
  • Pelajar yang terlibat dalam minggu tiada penyingkiran: Nurlizawaty Ismail (Musim 1), Edlin Abdul Rahim (Musim 2), Norsyarmilla Jirin (Musim 5), Nadia Haswani Hasnan (Musim 6), Mohd. Rashidi Mohamad Isa (Musim 7) Zafarina Jamhari (Musim 8), Lenaber Hidir (Musim 9)
  • Pelajar yang diserap masuk semula ke dalam pertandingan selepas disingkirkan: Norlinda Nanuwil (Musim 2), Asmawi Ani (Musim 3), Marsha Milan Londoh (Musim 3), Lotter P.Edwin Edin (Musim 4), Khairil Azam Pilus (Musim 7) & Ahmad Shahir Zawawi (Musim 8)
  • Pelajar yang diselamatkan daripada penyingkiran melalui kuasa veto pengkritik tetap: Syamel (Musim 12)
  • Pelajar yang menarik diri: Wan Nurul Zhana Wan Mohd Hanizan (Musim 5)
  • Pelajar yang tidak mempersembahkan persembahan ketika konsert: Nurul Fatin Yahya & Muhammad Nur Aswad Jafar, kedua-keduanya (Musim 5)

Indonesia: Akademi Fantasi Indosiar - telah menamatkan 6 musim dan menerbitkan rancangan AFI Junior 2008 yang sedang disiarkan. Musim 1 bersiaran pada Disember 2003, saluran Indosiar. Rancangan ini kembali untuk musim keenam pada tahun 2013 selepas 7 tahun terhenti.[2]

Mexico: La Academia - diacarakan oleh Monica Garza. Rancangan asli disiarkan sehingga tahun 2012, tetapi musim kesebelas menggunakan format berbeza.

Thailand: Academy Fantasia - yang telah bersiaran selama 12 musim sehingga 2015.

Amerika Syarikat: La academia USA - Musim pertama bersiaran pada 20 November 2005.