Sekali Aku Bahagia - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas


Article Images

Sekali Aku Bahagia ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2023 arahan Pali Yahya, dibintangi oleh, Ayda Jebat, Nabila Huda dan Keith Foo. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Sakura, TV3 bermula 28 Mac 2023 menggantikan Chinta Arjuna. [1]

Sekali Aku Bahagia
Genre
Ditulis oleh
  • Dr Mohd Shahremy Ikmal
  • Mama Bell
PengarahPali Yahya

Dibintangi oleh

Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod15
Penerbitan
Penerbit eksekutifKolonel (Pa) Arisz Abdul Rahman J.P
PenerbitNorley Aimi Nadiah Sharri
Tempoh siaran42 minit

Syarikat penerbitan

Mache All Star United Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Slot Sakura)
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal28 Mac 2023 – 20 April 2023
Kronologi
MengikutiChinta Arjuna
Diikuti olehSegenap Takdir

Aireen dan Naufal adalah adik-beradik. Aireen jatuh cinta dengan Muaz, pekerja di kedai abangnya. Walaupun sudah berkahwin dengan Rania, Muaz telah menikahi Aireen tanpa memberitahu status perkahwinannya.

Konflik bermula apabila Aireen mendapat tahu tentang rumah tangga Muaz dan Rania yang sudah pun mempunyai seorang anak perempuan. Rania tidak sedar akan kecurangan suaminya.

Keadaan menjadi lebih rumit kerana Aireen tidak mahu bermadu dan hanya mahu memiliki Muaz untuk diri sendiri. Rania pula kini harus bangkit dan berjuang demi masa depan anaknya.

  1. ^ Drama Sekali Aku Bahagia. Myinfotaip. Dicapai 27 Mac 2023