Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abd. Aziz
Contributors to Wikimedia projects
Article ImagesSekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abd. Aziz atau nama ringkasnya SMK Tunku Abd. Aziz, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Simpang Empat.
Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abd. Aziz | |
---|---|
Lokasi | |
Simpang Empat, 06650, Alor Star, Kedah Darul Aman Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | Bertekun sambil Berbakti |
Nombor sekolah | 6047641213 |
Kod sekolah | KEE2104[1] |
Pengerusi PIBG | Encik Mazree |
Pengetua | 'Puan nur asikin |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Encik Ishak |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Encik Adullah |
Penolong Kanan Kokurikulum | Encik Samsur |
Faks | 6047644386 |
Laman sesawang | smktaa.edu.my |
Pada 2012, Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abd. Aziz memiliki 703 pelajar lelaki dan 747 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1450 orang. Ia mempunyai seramai 88 orang guru.2009
Bendera Sekolah Merah - melambangkan keberanian dan kesungguhan putih - melambangkan suci,bersih dan kemas hitam - melambangkan bersatu padu
Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1965 dan diberi nama Sekolah Menengah Simpang Empat (Sekolah Anika Jurusan).
Pada mulanya Sekolah Menengah Simpang Empat mulanya menumpang di tiga buah sekolah iaitu di Sekolah Kebangsaan Simpang Empat, SRJK (C) Yih Min dan SRJK (C) Boon Teik.
Pelajar-pelajar sekolah ini ketika itu datang dari sekolah-sekolah persekitaran seperti Sekolah Kebangsaan Simpang Empat, Sekolah Kebangsaan Buloh Lima, Sekolah Kebangsaan Kangkong, Sekolah Kebangsaan Kuala Sala, Sekolah Kebangsaan Bukit Besar, Sekolah Kebangsaan Bukit Raya Luar, Sekolah Kebangsaan Kampong Rambai, Sekolah Kebangsaan Permatang Buloh, SRJK (C) Yih Min, SRJK (C) Aik Choon, SRJK (C) Boon Teik dan SRJK (C) Min Sin.
Pada tahun 1969 sekolah ini telah berpindah ke kawasan dan bangunan sendiri seperti pada hari ini.
Ketika itu bilangan pelajar seramai 400 orang dan guru-guru seramai 30 orang. Sekolah mi menggunakan bahasa penghantar Melayu dan Inggeris. Perasmian sekolah ini telah dilakukan oleh YAB Dato’ Musa Hitam pada 2 Mac 1980.
Kelas Tingkatan 6 Rendah pula mula diwujudkan pada tahun 1986.
Pada 9 Mac 1988 sekolah ini ditukar nama kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abd. Aziz mengambil sempena nama Raja Muda Kedah (1870-1907) iaitu YTM Almarhum Tunku Abdul Aziz Ibni Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah.
Ketika ini SMK Tunku Abd.Aziz menampung pelajar-pelajar di sekitar 1500 orang, di dalam jurusan Kemanusian (sastera) dan juga jurusan Sains dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6.
Dewan Perhimpunan yang diberi nama Dewan Tunku Abd. Aziz telah disempurnakan perasmian pada 7 Mei 2002 oleh YAB Dato’ Seri Syed Razak bin Syed Zain, Menteri Besar Kedah.
- Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abd. Aziz
- Simpang Empat
- 06650, Alor Star
- Kedah, Malaysia
- Telefon = 6047641213
- Fax = 6047644386
- Menengah Kebangsaan Tunku Abd. Aziz (Updated)
- Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abd. Aziz (Not Updated)